SUASANA sekitar belakang tabir pembikinan video KLFW 2020."Walaupun ramai mengharapkan ia diadakan secara fizikal, pada saya terbaik adalah menggunakan format digital yang mana sedang berlaku juga di Eropah mahupun negara-negara luar sana,"katanya.
KLFW tahun ini dengan format baharu memilih rakaman tertutup bagi klip video selain†penggambaran rekaan busana di sekitar lokasi ikonik ibu negara."Tahun ini konsep lebih terbuka yang mana lebih ramai boleh menikmati pertunjukan yang selama ini tempat duduknya terhad. Semua pengunjung KLFW 2020 juga bergelar 'vip' kerana platform digital membolehkan semua golongan menikmati siaran itu di depan skrin.
"Meskipun rakan dan peminat fesyen tegar KLFW dari luar seperti China, Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei tidak dapat hadir, mereka masih boleh sertai dan paling penting inilah masanya orang tempatan sendiri memberi sokongan kerana konsep iaitu pereka tempatan dengan lokasi sekitar Kuala Lumpur sesuatu dekat dengan kita,"katanya.
DEMONSTRASI solekan boleh disaksikan di slot Instaperfect Wardah.Pengisian memerlukan kreativiti dalam menarik penonton di platform digital, terdapat 'teaser' selain menampilkan lima episod yang membawa pengisian berbeza, antaranya 'fashion uncensored' yang dikupas panel penggiat fesyen tanah air, 'style matter', 'Fashion 101' dan lain-lain.
Kata Andrew paling bermakna penonton boleh saksikan 'babak' belakang tabir bersama rakan penaja strategik seperti†dengan mengikut perjalanan kerja baik dari pereka, jurumekap, pendandan rambut, teknologi penjagaan muka dan penjagaan rekaan.Kareografer KLFW, Hartini Mat Jasin atau lebih popular dengan supermodel Tinie menyifatkan setiap format pertunjukan baik digital dan fizikal mempunyai cabaran masing-masing.
"Tempoh persiapan untuk kedua-duanya sama sahaja iaitu enam bulan kerana perlu pastikan semua jadual baik pereka, model dan kru penggambaran berjalan seperti biasa.SESI penggambaran yang menunjukkan kru bekerja keras merakam gaya model."Kalau pertunjukan fizikal persiapan lama tetapi tempoh ia berlangsung sangat pantas kerana secara langsung. Tidak boleh ada kesilapan berbanding secara digital proses penggambaran dalam studio lebih panjang dan boleh betulkan kesilapan.