Fashion Show With A Twist | BHarian

Pertunjukan fesyen KLFW 2020 cipta kelainan, muncul versi digital

Oleh Mahani Ishak - September 10, 2020 @ 6:02pm mahani@bh.com.my

 
IMAGE BY ALLISAMAZING

IMAGE BY ALLISAMAZING

 
 

KUALA LUMPUR: Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2020 mencipta kelainan apabila acara itu bakal dijayakan sepenuhnya secara digital sebelum ia disiarkan mulai 11 hingga 13 November depan menerusi platform dalam talian.

Acara tahunan sejak 2013 itu akan dimeriahkan dengan pembabitan seramai 60 pereka berbakat besar tempatan, di mana kebanyakannya klip video dan penggambaran rekaan busana itu dirakam di sekitar lokasi ikonik ibu negara.

Pengasas KLFW, Andrew Tan, berkata cabaran utama kepada pihaknya untuk menciptakan pengisian menarik berikutan acara itu ditonton di platform digital dan bukan seperti kelaziman acara pertunjukan pentas. 

"Setiap hari akan menampilkan lima episod yang membawa pengisian berbeza, antaranya 'fashion uncensored' yang dikupas panel penggiat fesyen tanah air, 'style matter', 'Fashion 101' dan lain-lain.

"Peralihan secara digital ini adalah kerana pandemik COVID-19, malah Paris, Milan dan New York juga menganjurkan versi digital iaitu norma baharu untuk industri," katanya.

MODEL ketika membuat rakaman KLFW 2020, di belakang pentas dengan norma baharu, di Metal Bee Studio, Sunway Damansara. - Foto/Aziah Azmee

MODEL ketika membuat rakaman KLFW 2020, di belakang pentas dengan norma baharu, di Metal Bee Studio, Sunway Damansara. - Foto/Aziah Azmee

Sempena KLFW 2020, semalam hingga Sabtu ini, The Digital Backstage yang dibawakan Panasonic Malaysia, Wardah Cosmetic dan Miko Galere menyingkap sedikit sebanyak kejutan acara fesyen yang dijadualkan bulan depan.

Andrew berkata, kebiasaannya acara tahun KLFW menampilkan antara 80 hingga 200 pereka fesyen, namun angka itu terpaksa dihadkan berikutan kekangan masa, pengisian dan mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"KLFW adalah platform yang menyokong pereka Malaysia untuk mengetengahkan bakat, inspirasi dan rekaan tersendiri dan kerjasama rakan strategik, Panasonic pula diharap berterusan kerana kerja belakang tabir sangat penting.

"Dengan membawakan konsep digital ini, kami membawa penonton mengikut setiap perjalanan dari pereka, jurumekap, pendandan rambut, teknologi penjagaan muka dan penjagaan rekaan secara eksklusif berbanding acara belakang tabir," katanya.

Katanya, KLFW terus mengembangkan landskap untuk Industri Fesyen Malaysia dengan dengan penataan digital, namun pada masa mencerminkan komitmen berterusan ke arah lebih lestari dan kukuh untuk masa depan.

ANDREW Tan. Foto/Aziah Azmee

ANDREW Tan. Foto/Aziah Azmee

Katanya, pandemik itu tidak seharusnya menenggelamkan kemeriahan acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun, biarpun perlu dialihkan secara sederhana.

"Fesyen adalah cetusan minat dan selepas minat terhadapnya semakin suram, industri akan tenggelam. Tugas kami adalah menghidupkan kembali minat terhadap fesyen dan fesyen adalah impian, kegembiraan, dan khayalan.

"Penganjuran kali ini akan menjadi minggu fesyen paling ikonik bagi Pereka Fesyen Malaysia kerana mereka mentakrifkan cetusan kreativiti mereka dan menyesuaikan inovasi dengan perubahan norma baharu dan persekitaran. 

"Dengan digital, bukan hanya KLFW dan Pereka bereksperimen dengan cara baharu untuk mempersembahkan koleksi mereka tetapi membolehkan penerokaan baru untuk peluang e-dagang," katanya.

Thank you Berita Harian online for the write-up. (READ MORE)

 
Media CoverageKory Tung