Suzie Adnan,
Mantan Ketua Pengarang Majalah Fesyen
“Disebabkan pandemik yang melanda, buat julung kalinya tahun ini pereka fesyen antarabangsa dan diikuti tempatan, mulai bereksperimen dengan pementasan fesyen secara digital. Bagi saya, menyaksikan virtual fashion show buat pertama kali memang agak janggal kerana ia tidak mungkin sama dengan pengalaman sebenar berada di lokasi dan mengamatinya secara dekat.
Setelah mengamati beberapa virtual show, saya berpendapat yang para pereka perlu tetapkan dalam minda sewaktu melaksanakannya; apakah objektif sebenar? – Yakni mempersembahkan koleksi pakaian. Lataran, ada segelintir yang menyampaikannya secara terlalu artistik sehinggakan konsentrasi pemerhati hilang dan tidak lagi tertumpu pada helaian yang cuba diketengahkan.
Walaupun fashion show kini ditampilkan secara digital, pereka-pereka perlu menunjukkan pada penonton bagaimana rupa helaiannya kala ia bergerak dan beralun mengikuti tubuh si model. Mungkin boleh beri lebih masa bagi shot dekat yang memberi fokus pada perincian atas baju. Pereka fesyen perlu tampil dengan satu lagi klip tambahan yang mampu menggantikan 're-see'. Di mana pereka sendiri berbicara secara spontan dengan menunjukkan sendiri helaian-helaian terbarunya, sambil memberi komen tentang jenis potongan, fabrik, perincian serta kisah di sebalik rekaannya.
Satu lagi yang ingin saya sentuh adalah mengenai usaha pihak penganjuran atau team PR yang berdiri di sebalik jenama. Mereka harus bergerak lebih agresif dalam menyebarkan maklumat mengenai virtual fashion show yang bakal berlangsung. Mereka perlu merancang kempen digital yang khusus bagi menghangatkan publisiti. Pada pemerhatian saya, digital fashion week bermula dengan agak hambar kerana ramai yang masih tidak tahu disebabkan tiada promosi atau informasi tentangnya.
Membuat pementasan fesyen pada era baru yang sungguh mencabar ini, hubungan pereka dengan kelompok klien, media serta influencer haruslah lebih kukuh. Zaman digital ini, penilaian mengenai ‘menjadi atau tidak’ sesebuah koleksi itu adalah berdasarkan komentar di platform digital yang tidak bertapis. It is the most crucial time for the designer because it's a moment of either make or break for them. Because you can't really cheat organic number of views. And in time, it'll eventually determines the relevance of the designer and his designs.”