LEXUS UX DAN LC500 CONVERTIBLE JADI ‘MODEL’ KLFW 2021
Jenama automotif mewah dunia, Lexus mengesahkan menjadi penaja rasmi dalam pertunjukkan fesyen berprestij Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021.
Dua jentera Lexus iaitu UX dan LC500 Convertible akan menjadi ‘model’ dalam KLFW 2021 pada 3 hingga 7 November ini.
Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia, Aiko Takeyama berkata, Lexus akan meneruskan komitmen menyokong industri fesyen tempatan.
“Dalam acara terdahulu, ia menunjukkan kepentingan hubungan manusia dalam melestari rekaan melalui teknologi automotif ataupun fesyen.
“Lexus yang merupakan antara peneraju jenama mewah berpengalaman membangunkan rekaan melalui empati, menitikberatkan keperincian dan pembuatan unggul berbangga dapat bekerjasama dalam acara berprestij ini dalam mempamerkan rekaan inovatif serta menawan,” katanya.

Beliau memberitahu, bermula pada 3 hingga 7 November ini, Lexus akan mempamerkan Lexus UX dan LC500 Convertible di Pavilion, Kuala Lumpur.
Katanya, Lexus juga akan menyediakan kenderaan mewah untuk ‘menemani’ para tetamu KLFW penuh bergaya, selesa dan selamat.
Dalam pada itu, buat julung kali, Lexus akan menyampaikan Anugerah Fesyen Kuala Lumpur pada edisi KLFW ini.
Antara anugerah dalam edisi KLFW yang menampilkan 30 pereka Malaysia termasuk Brand of the Year, Outstanding Achievement, Fashion Icon of the Year dan Most Sustainable Brand.
Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman rasmi KLFW 2021 di http://klfashionweek.website/ atau laman rasmi Facebook Lexus Malaysia.
SOURCE - https://www.mekanika.com.my/lexus-ux-dan-lc500-convertible-jadi-model-klfw-2021/