Latif Romly for Neonate | xtra.com.my
Dari Trek Lompat Jauh Ke Pentas KL Fashion Week 2021, Latif Romly Kini Jadi Tumpuan
Atlet paralimpik negara menerusi acara lompat jauh, Latif Romly berjaya mencuri tumpuan apabila tampil di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW2021) baru-baru ini.
Menerusi muat naik terkini di laman Instagram miliknya, Latif memaklumkan itu adalah penampilan pertama beliau di pentas peragaan fesyen terkenal negara.
Hello,
World!
Selain itu, jenama pakaian lokal terkenal Neonate Clothing Company juga turut memuat naik hantaran mengenai anak muda kelahiran Perlis berusia 24 tahun ini.
“Di pakai oleh wira @latifromly, pemenang pingat emas olimpik Tokyo 2020.
“Kami memilih Latif untuk mengenakan jenama pakaian kami kerana kami ingin membuktikan bahawa perkara paling dalam setiap kejayaan adalah bukan sekadar trofi, tetapi perjalanan untuk menjadi yang terbaik tanpa mengira rintangan dan halangan yang harus ditempuh,” katanya.
Susulan perkongsian tersebut, rata-rata warganet teruja dengan kemajuan yang dicapai oleh pemecah rekod dunia sebanyak tiga kali bagi acara lompat jauh T20 ini.